
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Beri Kelonggaran Pdrm Kendali Projek Kemudahan
Butterworth, 10 Mac 2024 - Kerajaan sedia memberikan kelonggaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan projek berkaitan kemudahan dan kebajikan ang...
Butterworth, 10 Mac 2024 - Kerajaan sedia memberikan kelonggaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan projek berkaitan kemudahan dan kebajikan anggotanya bagi mempercepatkan proses naik taraf infrastruktur itu.
“Apabila saya perhatikan perumahan polis dan tentera termasuk penjara, itu kadang-kadang daif sangat. Jadi kita ambil keputusan mulai tahun lalu, untuk polis saya bagi kelonggaran.
“Supaya kalau tidak terikat dengan proses tender biasa dan diserahkan kepada PDRM mengendalikan projek dengan maksud cepatkan pembinaan rumah anggota,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama PDRM dan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.