Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Beri Kelonggaran Pdrm Kendali Projek Kemudahan

Diterbitkan: 10 Mar 2024 1.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Butterworth, 10 Mac 2024 - Kerajaan sedia memberikan kelonggaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan projek berkaitan kemudahan dan kebajikan anggotanya bagi mempercepatkan proses naik taraf infrastruktur itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-beri-kelonggaran-pdrm-kendali-projek-kemudahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:21 MYT
Butterworth, 10 Mac 2024 - Kerajaan sedia memberikan kelonggaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan projek berkaitan kemudahan dan kebajikan anggotanya bagi mempercepatkan proses naik taraf infrastruktur itu.
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, berkata kelonggaran itu diberikan kepada PDRM mulai tahun lalu, selepas pihaknya mendapati berlaku kelewatan dalam projek terutama perumahan anggota.
“Apabila saya perhatikan perumahan polis dan tentera termasuk penjara, itu kadang-kadang daif sangat. Jadi kita ambil keputusan mulai tahun lalu, untuk polis saya bagi kelonggaran.

“Supaya kalau tidak terikat dengan proses tender biasa dan diserahkan kepada PDRM mengendalikan projek dengan maksud cepatkan pembinaan rumah anggota,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama PDRM dan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 10 Mar 2024 1.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM