Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Belasungkawa Jasa Chee Woh Pertahan Negara Terus Dikenang

Diterbitkan: 20 Jul 2021 6.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pemergian SAC I (Besara) Datuk Dr. Leong Chee Woh (P.G.B.) yang meninggal dunia pada 18 Julai lalu akibat strok, adalah kehilangan besar kepada negara. Jasa dan sumbangannya sangat besar dalam menghapuskan kegiatan subversif pada Darurat Pertama 1948-1960 dan Darurat Kedua 1968-1989.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-belasungkawa-jasa-chee-woh-pertahan-negara-terus-dikenang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:13 MYT

Pemergian SAC I (Besara) Datuk Dr. Leong Chee Woh (P.G.B.) yang meninggal dunia pada 18 Julai lalu akibat strok, adalah kehilangan besar kepada negara. Jasa dan sumbangannya sangat besar dalam menghapuskan kegiatan subversif pada Darurat Pertama 1948-1960 dan Darurat Kedua 1968-1989.

Malah, Datuk Chee Woh atau turut dikenali sebagai Scorpio itu, pernah menumpaskan 65 komunis termasuk 19 Ahli Cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) Kuantan ketika berkhidmat di daerah itu.

Beliau juga antara yang menubuhkan Pasukan Rahsia Cawangan Khas (Pasukan E3F) Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali Pasukan F, iaitu pasukan elit berperanan mencari dan memusnahkan PKM serta anasir subversif, sekali gus menyebabkan 48 pengganas PKM berjaya dibunuh, manakala 171 lagi ditahan bersama 1,432 tali barut.
Kejayaan Pasukan F melumpuhkan pemberontakan PKM antara faktor utama termeterainya Perjanjian Hatyai 1989 hingga membawa pembubaran parti komunis terbabit.

Ikuti kisah wira negara yang merupakan anak jati Taiping, Perak ini menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Pemergian bekas Penolong Kanan Pesu- Jasa Chee Woh pertahan negara terus dikenang Amer Pawwaz Mohamad Yasid


ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2021 6.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM