Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Bekas Ekstremis Dipantau Elak Ancaman Pada Negara

Published: 08 Jul 2024 8.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 8 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mendekati bekas tahanan kumpulan ekstremis dan ajaran sesat di negara ini termasuk 13 bekas ahli kumpulan Al-Maunah bagi mengelakkan ancaman kepada keselamatan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bekas-ekstremis-dipantau-elak-ancaman-pada-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
 
Petaling Jaya, 8 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mendekati bekas tahanan kumpulan ekstremis dan ajaran sesat di negara ini termasuk 13 bekas ahli kumpulan Al-Maunah bagi mengelakkan ancaman kepada keselamatan negara.

Ini bagi memastikan peristiwa serangan balai polis di Ulu Tiram, Johor yang menyebabkan anggota terkorban dan mencetuskan kebimbangan awam tidak berulang.

Pendekatan yang diambil adalah menerusi pelbagai program pemulihan terhadap bekas-bekas tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kesalahan mengikut Bab VIA-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memastikan mereka tidak kembali aktif dalam kegiatan lama.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini sedang mengemas kini data 13 bekas ahli kumpulan Al-Maunah yang dibebaskan melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2020.

Menurutnya, satu arahan telah dikeluarkan pada September 2020 agar PDRM menerusi Cawangan Khas menjalankan “engagement” (mendekati) 13 individu tersebut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran atau menerusi pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../bekas-ekstremis-dipantau.../
 
ArticlePublished 08 Jul 2024 8.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM