Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Basikal Dilarang Masuk Lebuh Raya Pengarah Jspt

Diterbitkan: 11 Jul 2025 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Julai 2025 - Penunggang basikal dilarang menggunakan lebuh raya kerana ia adalah laluan khas untuk kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-basikal-dilarang-masuk-lebuh-raya-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:11 MYT
Kuala Lumpur, 11 Julai 2025 - Penunggang basikal dilarang menggunakan lebuh raya kerana ia adalah laluan khas untuk kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, larangan itu bertujuan menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Larangan ini jelas termaktub dalam Kaedah Isyarat Lalu Lintas LN167/59, khususnya Peraturan 17 yang menyatakan basikal, basikal roda tiga, beca serta kenderaan ditarik haiwan dilarang memasuki lebuh raya.

“Pihak konsesi lebuh raya atau pihak berkuasa tempatan perlu memasang papan tanda larangan bagi memaklumkan secara jelas bahawa laluan tersebut tidak boleh digunakan penunggang basikal,” katanya pada Khamis.

Katanya, penunggang basikal yang melanggar larangan ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2025 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM