Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Bapa Rogol Anak Dihukum Penjara 428 Tahun 240 Sebatan

Published: 21 Sep 2022 8.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 21 September 2022 - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 428 tahun dan 240 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung serta mengugut bunuh isteri dan anak-anaknya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bapa-rogol-anak-dihukum-penjara-428-tahun-240-sebatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Melaka, 21 September 2022 - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 428 tahun dan 240 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung serta mengugut bunuh isteri dan anak-anaknya.

Bagaimanapun, Hakim Nariman Badruddin menetapkan hukuman penjara terhadap tertuduh berusia 56 tahun itu berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun selain hanya 24 sebatan maksimum.

Tuan Nariman memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan dan mensabitkan tertuduh yang mengekalkan pengakuan bersalah terhadap 28 pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen semalam, menimbangkan rayuan, fakta kes, keterangan impak mangsa dan hujah pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.

Berdasarkan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, tertuduh didakwa merogol kedua-dua anaknya kini berusia 19 dan 15 tahun secara berasingan, membabitkan 13 dan lapan kes, masing-masing.

Lelaki itu yang juga penyelia syarikat pemegang pelaburan turut didakwa atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 377CA KK iaitu serangan seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun dan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, bapa lima anak itu turut berdepan satu pertuduhan lain mengikut Seksyen 377B Kanun sama kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama serta satu lagi pertuduhan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'mensabitkan Bapa rogol anak kena 428 tahun Penyelia syarikat turut dihukum sebat 240 kali
ArticlePublished 21 Sep 2022 8.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM