
Article
Keratan Akhbar Pilihan Bapa Baby Syifaa Direman Tiga Hari
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 – Bapa kepada Baby Syifaa yang ditahan polis kelmarin berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman, direman tiga hari.
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 – Bapa kepada Baby Syifaa yang ditahan polis kelmarin berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman, direman tiga hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki itu direman bermula semalam sehingga 12 Julai ini.
“Kita memohon reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian (BH).
Kelmarin, BH melaporkan lelaki berkenaan terbabit jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.
Dato' Sri Ramli dilaporkan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.