
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Bantu Lindungi Mangsa Buli
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini bukan sahaja meliput...
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini bukan sahaja meliputi kes buli siber dan penipuan, malah mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta baharu itu akan bersitat menyeluruh.
“Dalam hal ini kita sangat prihatin terhadap mangsa buli, penipuan dan tentu akta ini akan melihat beberapa aspek dari segi jenayah yang mungkin tidak berlaku sekarang tetapi kita unjurkan mungkin akan berlaku dalam dekad-dekad akan datang.
“Jabatan Peguam Negara akan merangka draf RUU berkenaan untuk dibawa ke Kabinet bagi mendapatkan kelulusan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Ancaman Dalam Talian 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.