Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Bantu Lindungi Mangsa Buli

Published: 06 Sep 2024 7.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini bukan sahaja meliputi kes buli siber dan penipuan, malah mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bantu-lindungi-mangsa-buli
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini bukan sahaja meliputi kes buli siber dan penipuan, malah mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta baharu itu akan bersitat menyeluruh.

Katanya, ia akan digubal demi kepentingan seluruh lapisan rakyat Malaysia terutama kanak-kanak yang menggunakan internet sebagai alat dan medium komunikasi.

“Dalam hal ini kita sangat prihatin terhadap mangsa buli, penipuan dan tentu akta ini akan melihat beberapa aspek dari segi jenayah yang mungkin tidak berlaku sekarang tetapi kita unjurkan mungkin akan berlaku dalam dekad-dekad akan datang.

“Jabatan Peguam Negara akan merangka draf RUU berkenaan untuk dibawa ke Kabinet bagi mendapatkan kelulusan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Ancaman Dalam Talian 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 06 Sep 2024 7.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM