Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Banglo Scammer Diserbu 21 Warga China Ditahan

Diterbitkan: 16 Jul 2026 6.55 AM Dikemas kini: 22 Sep 2026 8.35 PM
Melaka, 16 Julai 2026 - Polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Ayer Keroh yang dijadikan 'sarang' kegiatan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-banglo-scammer-diserbu-21-warga-china-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT
Melaka, 16 Julai 2026 - Polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Ayer Keroh yang dijadikan 'sarang' kegiatan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Polis Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, jam 8.00 malam.

Beliau berkata, anggota berjaya menahan 21 lelaki warga China berusia antara 23 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati semua suspek yang gagal menunjukkan pas kemasukan ke negara ini ditawarkan bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di pusat panggilan itu.

Katanya, modus operandi sindiket adalah memperdaya mangsa menerusi tawaran pelaburan dalam talian yang tidak wujud dengan menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2026 6.55 AMDikemas kini 22 Sep 2026 8.35 PM