Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Bahaya Pamer Barang Kemas Keterlaluan

Published: 19 May 2025 1.49 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Kuala Lumpur, 18 Mei 2025 - Gaya mewah bertukar malapetaka. Itu realiti yang dihadapi sesetengah individu terutama wanita apabila menjadi sasaran penjenayah kerana memakai barangan kemas secara keterlaluan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bahaya-pamer-barang-kemas-keterlaluan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT
Kuala Lumpur, 18 Mei 2025 - Gaya mewah bertukar malapetaka. Itu realiti yang dihadapi sesetengah individu terutama wanita apabila menjadi sasaran penjenayah kerana memakai barangan kemas secara keterlaluan.

Tanpa disedari pemakaian rantai emas besar dan aksesori berkilauan yang dipamerkan secara terbuka di tempat awam telah menjadi 'jemputan terbuka' kepada penjenayah untuk meragut atau menyamun.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, tindakan sesetengah individu yang terlalu ghairah bergaya hingga mengabaikan aspek keselamatan diri telah membuka ruang serta peluang kepada penjenayah untuk bertindak.

“Ramai tidak sedar bahawa tindakan mempamerkan barangan kemas secara terang-terangan sebenarnya mengundang risiko.

“Penjenayah tidak memilih mangsa secara rawak tetapi berdasarkan peluang yang terbuka," katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text that says 'Golongan wanita berhias mewah sasaran utama penjenayah Bahaya pamer barang kemas keterlaluan Oleh MUHAMMAD


ArticlePublished 19 May 2025 1.49 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM