Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Bahagian D3 Main Peranan Inklusif Kpn

Published: 14 Apr 2025 2.36 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian (D3), Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan tumpuan pada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memainkan peranan penting dalam membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bahagian-d3-main-peranan-inklusif-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT
Kuala Lumpur, 14 April 2025 – Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian (D3), Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan tumpuan pada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memainkan peranan penting dalam membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, beberapa usaha yang signifikan sudah dilakukan Bahagian D3 untuk menangani jenayah itu. Menurutnya, antaranya membabitkan sistem pengumpulan data untuk membina mekanisme pemantauan dan penilaian yang efektif.

Katanya, ia membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti corak dan trend jenayah penyeludupan migran.

“Mengambil inisiatif holistik dalam penguatkuasaan bersepadu, menyelaras pelbagai agensi dan sumber daya untuk meningkatkan kesan dalam memerangi jenayah penyeludupan migran.

“Bekerjasama secara aktif dengan agensi antarabangsa untuk mengukuhkan usaha membanteras aktiviti jenayah penyeludupan migran.

“Kerjasama ini termasuk pertukaran maklumat, latihan bersama dan operasi bersama dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'RAZARUDIN Bahagian D3 main peranan inklusif Kuala Lumpur: Polis Di- raja Malaysia (PDRM) khu- susnya Bahagi
ArticlePublished 14 Apr 2025 2.36 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM