Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Awas Scammer Derma Gaza

Published: 13 Oct 2023 7.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2023 - Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika menderma terutama ketika isu berkaitan peperangan di Gaza, Palestin bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-awas-scammer-derma-gaza
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:51 MYT
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2023 - Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika menderma terutama ketika isu berkaitan peperangan di Gaza, Palestin bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya faham rakyat di negara ini sangat dermawan dan apabila berlaku sebarang insiden mereka sanggup membantu namun ada juga diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sekiranya ada meminta sumbangan derma ke Palestin sila buat pengesahan terlebih dulu kerana walaupun jumlah derma itu hanya RM100 atau RM200 tetapi ia tetap membuka ruang kepada penipuan.
“Mereka akan menggunakan rasa simpati kita untuk membuat penipuan dan tidak tahu di mana wang itu disalurkan.

“Jadi jika betul hendak menderma salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar kerana tidak salah kita membuat semakan dulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

 
ArticlePublished 13 Oct 2023 7.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM