
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Aplikasi Vsp Bantu Bendung Jenayah Pecah Rumah
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata ia terbukti apabila tiada kejadian pecah rumah membabi...
Kuala Lumpur, 6 April 2024 - Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membendung jenayah curi dan pecah rumah terutama pada cuti perayaan Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata ia terbukti apabila tiada kejadian pecah rumah membabitkan semua 6,856 individu yang memaklumkan pergerakan pulang ke kampung melalui aplikasi VSP tahun lalu.
“Individu yang sudah menghantar makluman di VSP sebelum mereka pulang ke kampung, berdasarkan data tiada kejadian pecah rumah berlaku di kediaman mereka. Jadi impak VSP ini sangat besar dan positif.
“Orang ramai hanya perlu menghantar informasi melalui VSP bila mahu pulang ke kampung dan PDRM akan membuat rondaan 24 jam di sekitar kawasan rumah terbabit, katanya pada program Podcast Apa-Apa Saja Harian Metro.
Menurutnya, maklumat pergerakan pulang ke kampung yang dimuat naik menerusi aplikasi VSP akan disalurkan kepada elemen pencegahan jenayah iaitu Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.