
Article
Keratan Akhbar Pilihan Apc Pdrm 2024 Kriteria Bantu Pdrm Berdaya Saing
Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 - Penilaian MyPerformance yang mencapai markah 90 peratus dan ke atas diambil kira dalam pelaksanaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (...
Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 - Penilaian MyPerformance yang mencapai markah 90 peratus dan ke atas diambil kira dalam pelaksanaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia turut membabitkan rekod kehadiran, kekerapan cuti sakit serta pembabitan luar daripada tugas rasmi.
“Ini bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak negara dan masyarakat.
“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Lantaran itu, untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, ia perlu diiringi usaha dan tekad yang jitu.
“Sesungguhnya, warga kerja yang kompeten, unggul dan berdedikasi adalah sumber kekuatan utama pasukan keramat ini,” katanya ketika berucap pada Majlis APC PDRM 2024 di Bukit Aman, semalam.