
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Angka Kes Dera Kanak Kanak Semakin Membimbangkan
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Kes penderaan kanak-kanak termasuk di taska dan pusat jagaan kanak-kanak menunjukkan aliran peningkatan membimbangkan sejak dua tahun lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, ia berikutan kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di negara ini pada tahun lalu meningkat 626 kes berbanding hanya 6,144 kes pada 2021.
“Angka penderaan kanak-kanak perempuan merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 3,348 orang manakala kanak-kanak lelaki seramai 1,868 orang.
“Semakin hari, semakin banyak kes penderaan dilaporkan. Berbanding tahun sebelumnya jumlahnya meningkat.
“Kes bertambah disebabkan orang ramai kini semakin peka dan sedar melaporkan penderaan yang berlaku di sekitar mereka berbanding sebelum ini.
“Selain itu, media sosial juga membantu sesuatu kes penderaan itu diketahui lebih cepat, secara tidak langsung mereka dapat kes dapat dilaporkan dengan cepat,” katanya.