
Article
Keratan Akhbar Pilihan Anggota Rela Tiga Daerah Di Sempadan Jadi Mata Dan Telinga Polis
Kota Bharu, 13 November 2023 - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari tiga daerah bersempadan negara jiran dijamin dapat memberi maklumat menerusi pe...
Kota Bharu, 13 November 2023 - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari tiga daerah bersempadan negara jiran dijamin dapat memberi maklumat menerusi pergaulan dengan komuniti.
Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata, anggota RELA di Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah kini ditempatkan di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bersama-sama anggota PGA bagi menjaga kompleks berkenaan.
“Kita mahu setiap maklumat diperoleh disalurkan kepada polis untuk risikan.
“Selepas ini kita berharap anggota RELA ditugaskan di ICQS dapat sekurang-kurangnya menyalurkan satu maklumat setiap sebulan untuk diambil tindakan lanjut oleh polis,” katanya selepas majlis penutupan Kursus Penyesuaian Penugasan RELA Bersama PGA di Mes Pegawai PGA di sini, kelmarin.
Mengulas lanjut, SAC Sheik Azhar berkata, anggota mampu menjadi ‘mata dan telinga'' kepada polis dalam menangani isu jenayah rentas sempadan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.