
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Anggota Ppm Puasa Raya Atas Kapal Peronda Tanpa Juadah Istimewa Demi Menjaga Keselamatan Negara
Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Berdepan ancaman lanun dan perompak ketika bertugas di Sabah sehingga mengorbankan cuti Aidilfitri selain berpuasa serta beraya di...
Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Berdepan ancaman lanun dan perompak ketika bertugas di Sabah sehingga mengorbankan cuti Aidilfitri selain berpuasa serta beraya di atas kapal peronda antara kenangan tidak dapat dilupakan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari.
Katanya, tugasnya sebagai pegawai operasi mengawal perairan negara di mana keselamatan di laut menjadi tanggungjawab PPM.
“Selain menjaga kedaulatan negara, ketika itu juga kami berdepan ancaman perompak dari negara jiran yang menyerang bandar, merompak bank, membunuh dan mencederakan orang awam.
“Beberapa siri serangan berlaku di perairan dan menjadi tanggungjawab penuh PPM menanganinya menyebabkan Pasukan sentiasa perlu bertugas tanpa mengira musim perayaan,” katanya, baru-baru ini.