
Article
Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Cedera Diserang Guna Gunting Pokok
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek berusia 30-an itu bertindak menyerang anggota polis yang mahu menangkapnya berkait kes perbuatan khianat.
Kota Bharu, 2 September 2024 - Seorang anggota polis cedera selepas diserang lelaki menggunakan gunting pokok di Kampung Kijang, Badang di sini, awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek berusia 30-an itu bertindak menyerang anggota polis yang mahu menangkapnya berkait kes perbuatan khianat.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby berkata, semasa mahu melakukan tangkapan, suspek telah bertindak menyerang anggota bertugas menggunakan dua bilah gunting pokok yang besar.
“Dalam kejadian itu, suspek telah mencederakan kedua-dua belah lengan anggota terbabit," katanya dalam satu kenyataan.