Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Pga Sertai Perhilitan Lindungi Keselamatan Penduduk Diancam Harimau Belang

Published: 23 Jan 2022 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penyertaan anggota PGA terbabit diyakini mampu memperkuatkan usaha anggota Perhilitan dalam menyelesaikan konflik berlarutan sejak 7 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-pga-sertai-perhilitan-lindungi-keselamatan-penduduk-diancam-harimau-belang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:39 MYT
Kuala Lumpur, 23 Januari 2022 - Seramai 15 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Op khas pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi melindungi keselamatan penduduk di Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan yang diancam kumpulan harimau belang.

Penyertaan anggota PGA terbabit diyakini mampu memperkuatkan usaha anggota Perhilitan dalam menyelesaikan konflik berlarutan sejak 7 Januari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, hampir 30 anggotanya berkawal dan berusaha menangkap mamalia pemangsa itu susulan kejadian lelaki Orang Asli mati diserang harimau belang di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, usaha diteruskan anggota Perhilitan melalui pemasangan tujuh perangkap diletakkan umpan hidup bagi menarik perhatian harimau belang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎9 people, outdoors and ‎text that says '‎Mohd Jamilul nbia@hmetro.com.my Kuala Lumpur BODYGUARD JAGA PETANI Anggota PGA sertai Pe
ArticlePublished 23 Jan 2022 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM