
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Anak Dayak Pertama Dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak
Kuching, 11 Oktober 2023 - CP Dato Mancha Ata mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi anak Dayak pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Kuching, 11 Oktober 2023 - CP Dato Mancha Ata mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi anak Dayak pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Dato Mancha, 58 tahun, yang berasal dari Asajaya, Samarahan dilantik ke jawatan itu menggantikan CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri yang bertukar ke Bukit Aman serta dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting Polis Diraja Malaysia termasuk Komander Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak.