Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Amla 53 Individu Didakwa

Diterbitkan: 04 Oct 2020 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2020 - Seramai 53 individu didakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan 663 pertuduhan sejak 2018 sehingga Ogos lalu kerana didapati terlibat aktiviti pengubahan wang haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-amla-53-individu-didakwa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2020 - Seramai 53 individu didakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan 663 pertuduhan sejak 2018 sehingga Ogos lalu kerana didapati terlibat aktiviti pengubahan wang haram.

Kesemua mereka didakwa selepas ditahan PDRM kerana terlibat dalam kegiatan perjudian, penipuan dan kongsi gelap serta dadah.

Ini sekali gus membuktikan, pendirian Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador yang mengisytiharkan 'perang' terhadap semua kegiatan jenayah terancang di negara ini, bukan sekadar 'cakap kosong'.

Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Tan Sri Abdul Hamid memberitahu, sejak awal tahun sehingga Ogos lalu, 32 individu dituduh di mahkamah melibatkan 435 pertuduhan di bawah Sekyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jumlah itu menunjukkan pendakwaan tertinggi dibuat PDRM berbanding tahun sebelumnya apabila hanya 14 individu dituduh melibatkan 72 pertuduhan di bawah seksyen sama.

"Bagi 2018 pula, tujuh individu dituduh melibatkan 156 pertuduhan dilakukan terhadap mereka.

"Tidak seperti kes-kes jenayah lain, mungkin tangkapan 100, tapi pertuduhan 25. Namun menerusi Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) bilangan yang ditangkap adalah bilangan sama yang hendak dituduh," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

Image may contain: 1 person
ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2020 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM