Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ambil Risiko Dek Upah Tinggi

Published: 07 Sep 2023 1.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 September 2023 - Menerima upah dengan kadar tinggi bagi membawa migran ke destinasi yang ingin dituju.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ambil-risiko-dek-upah-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:00 MYT
Kuala Lumpur, 7 September 2023 - Menerima upah dengan kadar tinggi bagi membawa migran ke destinasi yang ingin dituju.

Itu antara punca pemandu e-hailing sanggup merisikokan diri walaupun sudah mengetahui ia menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dikesan menerusi beberapa tangkapan terhadap pemandu e-hailing oleh Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, hasil siasatan didapati sindiket sanggup membayar sehingga RM500 bagi satu kepala kepada pemandu e-hailing bagi membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke destinasi masing-masing.

“Memang tidak dinafikan, sindiket penyeludupan migran kini dikesan menggunakan khidmat pemandu e-hailing untuk menghantar PATI ke sesuatu destinasi.

“Sehingga Ogos lalu terdapat enam kes tangkapan membabitkan pemandu e-hailing yang membawa migran dari lokasi transit ke lokasi yang ingin dituju,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 07 Sep 2023 1.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM