
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Amah Diselamatkan Dakwa Tidak Pernah Dibayar Gaji
Mangsa berusia antara 25 hingga 45 tahun diselamatkan dalam Operasi Pintas (Op Pintas) oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIP...
Kuala Lumpur, 16 Jun 2024 - Polis menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dengan dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor.
Mangsa berusia antara 25 hingga 45 tahun diselamatkan dalam Operasi Pintas (Op Pintas) oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, jam 9.30 malam kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong, berkata siasatan mendapati rumah yang diserbu itu dijadikan asrama oleh sebuah syarikat perkhidmatan pembantu rumah.
Beliau berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat berlaku eksploitasi buruh paksa ke atas semua mangsa yang diberi pekerjaan sebagai pembantu rumah.
“Siasatan awal mendapati semua mangsa bekerja dengan majikan itu antara enam bulan sehingga dua tahun.
“Terdapat antara mangsa mengadu tidak pernah menerima sebarang bayaran gaji sejak mula bekerja,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.