Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Al Fatihah Koperal Mohd Fairus Mangsa Langgar Lari Hembus Nafas Terakhir Hari Raya Keempat

Published: 30 Mar 2026 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seremban, 26 Mac 2026 - Aidilfitri kali ini menjadi detik paling sayu buat Koperal Rozalina Jaafar, 40 tahun, apabila suaminya yang terlantar selepas menjadi mangsa langgar lari tahun lalu pergi buat selama-lamanya pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-al-fatihah-koperal-mohd-fairus-mangsa-langgar-lari-hembus-nafas-terakhir-hari-raya-keempat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Seremban, 26 Mac 2026 - Aidilfitri kali ini menjadi detik paling sayu buat Koperal Rozalina Jaafar, 40 tahun, apabila suaminya yang terlantar selepas menjadi mangsa langgar lari tahun lalu pergi buat selama-lamanya pada Selasa.

Suaminya, Allahyarham Koperal Mohd Fairus Khamis, 42 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada hari raya keempat jam 6.10 pagi di rumah mereka di Sendayan.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale selepas solat Zohor dengan turut dihadiri Ketua Polis Negara Ke-14, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff.

Allahyarham yang sebelum ini bertugas di Balai Polis Rahang meninggalkan dua anak lelaki berusia lima dan 12 tahun.

Dalam insiden 2 Jun tahun lalu, Allahyarham cedera parah selepas motosikal ditungganginya dipercayai dilanggar lari dalam kejadian di Jalan Bukit Nenas berhampiran Taman Rimbun Indah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 30 Mar 2026 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM