Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Akaun Syarikat Jadi Akaun Keldai Pdrm Cadang Tapis Rekod Jenayah Kewangan

Diterbitkan: 21 Nov 2023 4.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pembukaan akaun bank atas nama syarikat untuk dijadikan 'akaun keldai' menjadi pilihan sindiket penipuan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap serta membabitkan amaun lebih besar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-akaun-syarikat-jadi-akaun-keldai-pdrm-cadang-tapis-rekod-jenayah-kewangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
Kuala Lumpur, 21 November 2023 - Pembukaan akaun bank atas nama syarikat untuk dijadikan 'akaun keldai' menjadi pilihan sindiket penipuan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap serta membabitkan amaun lebih besar.

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 86 syarikat dan 70 perniagaan yang didattarkan dikenal pasti digunakan sebagai akaun keldai.

“Sebagai langkah pencegahan, PDRM mencadangkan supaya prosedur serta syarat pendaftaran syarikat dan perniagaan diperhalusi serta diperketatkan.

“Kriteria seperti tapisan rekod jenayah dan rekod kewangan wajar dipertimbang untuk dijadikan sebahagian prasyarat sebelum pendaftaran syarikat serta perniagaan diluluskan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, dais and text that says 'VIVL Kuala Lumpur: Pembuka akaun bank nama adikan pi- keldai' AKAUN SYARIKAT JADI AKAUN KELDAI C
ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2023 4.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM