Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ajaran Sesat Htm Rekrut Pensyarah Pelajar

Diterbitkan: 02 Oct 2020 2.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 2 Oktober 2020 - Penyebaran fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di negeri ini dilakukan secara terancang dengan golongan profesional menjadi antara sasaran utama kumpulan itu dalam mengembangkan ajaran mereka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ajaran-sesat-htm-rekrut-pensyarah-pelajar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:32 MYT
 

Johor Bahru, 2 Oktober 2020 - Penyebaran fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di negeri ini dilakukan secara terancang dengan golongan profesional menjadi antara sasaran utama kumpulan itu dalam mengembangkan ajaran mereka.

Lebih daripada itu, kumpulan tersebut turut memperoleh dana menerusi Mar atau yuran bulanan yang dikutip sebanyak 10 peratus daripada pendapatan dan gaji yang dimiliki oleh ahli-ahli.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan HTM dikesan merekrut ahli baharu mereka sejak mula bertapak di negeri ini 15 tahun lalu.

Dedahnya, kumpulan tersebut giat mencari ahli baharu dalam kalangan profesional dan berpendidikan tinggi seperti pelajar universiti, ahli akademik dan ahli perniagaan.

Hasil risikan pihaknya, HTM ketika ini mempunyai keahlian berdaftar lebih 80 individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Siasatan mendapati HTM mula berkembang di negeri ini sejak September 2005 dengan menubuhkan Khalifah Centre sebagai markas penyebaran fahaman itu yang terletak di Skudai.

"Sehingga kini, kita mengesan lebih 80 ahli berdaftar dan mereka sedang bergerak mencari ahli-ahli baharu dengan menyasarkan pelajar universiti, pensyarah dan ahli perniagaan,” ulas beliau.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Image may contain: 1 person, sitting, text that says 'Ajaran sesat rekrut pensyarah, pelajar Dana kumpulan kutipan diperoleh hasil bulanan yuran ahli AYOB

Image may contain: 1 person, text that says 'JOHOR BAHRU fahaman Golongan profesional, pelajar universiti jadi sasaran edar fahaman Hizbut Tahrir Kumpul da
ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2020 2.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM