Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ada 874 Lokasi Berisiko Banjir 04122025

Diterbitkan: 04 Dec 2025 1.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Baharu, 4 Disember 2025 - Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor mengenal pasti 874 lokasi berisiko banjir di seluruh negeri sebagai langkah awal memperkukuh tahap kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ada-874-lokasi-berisiko-banjir-04122025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:14 MYT
Johor Baharu, 4 Disember 2025 - Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor mengenal pasti 874 lokasi berisiko banjir di seluruh negeri sebagai langkah awal memperkukuh tahap kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, antara kawasan titik panas dikenal pasti ialah Batu Pahat membabitkan 278 lokaliti, Segamat (118 lokasi), Muar (99 lokasi), Kota Tinggi (77 lokasi), Kluang (57 lokasi), Johor Bahru (51 lokasi), Pontian (70 lokasi), Tangkak (68 lokasi), Mersing (32 lokasi) dan Kulai (24 lokasi).

Beliau berkata, pihaknya menyediakan kekuatan sumber manusia sebanyak 1,280 pegawai dan anggota yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Selain kekuatan itu, bantuan sumber manusia daripada elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam turut boleh diatur gerak membabitkan 201 pegawai dan anggota.

“Bantuan itu terdiri daripada 94 anggota Pasukan Gerakan Am, enam anggota Pasukan Gerakan Udara, 34 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 2 Johor Bahru serta 67 anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 2 untuk membantu pelaksanaan operasi menyelamat serta pengurusan keselamatan awam,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.




 
ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2025 1.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM