
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 940 Calon Bukan Bumiputera Lulus Ujian Fizikal Konstabel Polis
Kuala Lumpur, 24 November 2021 - Seramai 940 calon bukan Bumiputera lulus ujian fizikal bagi pengambilan khas polis pangkat Konstabel (YA1) yang dilaksanakan m...
Kuala Lumpur, 24 November 2021 - Seramai 940 calon bukan Bumiputera lulus ujian fizikal bagi pengambilan khas polis pangkat Konstabel (YA1) yang dilaksanakan mulai 5 hingga 17 Oktober lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri l, Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said berkata, 57 berbangsa Cina, India (869) dan lain-lain (14).
"Pengambilan khas ini dimulakan pada 5 Oktober lalu sehingga 17 Oktober dan seramai 2,335 calon bukan Bumiputera dipanggil untuk menghadiri ujian pemeriksaan fizikal.
"Bagaimanapun, hanya 940 yang lulus dan proses pengambilan khas ini masih berlangsung serta akan selesai pada awal tahun depan kerana calon terbabit masih perlu menjalani beberapa peringkat tapisan," katanya.
"Proses terakhir calon ini adalah menunggu keputusan tapisan keselamatan dan kesihatan. Calon yang lulus akan dilantik pada bulan depan," katanya.