Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 88 Peratus Kes Konflik Kekeluargaan Selesai Dengan Kaedah Sulh

Published: 11 Jul 2024 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 88 peratus daripada 11,921 kes konflik kekeluargaan berjaya diselesaikan menerusi penyelesaian bersama (suIh).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-88-peratus-kes-konflik-kekeluargaan-selesai-dengan-kaedah-sulh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 88 peratus daripada 11,921 kes konflik kekeluargaan berjaya diselesaikan menerusi penyelesaian bersama (suIh).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar berkata, antaranya membabitkan kaedah runding cara, mediasi, sesi kaunseling perkahwinan dan timbang tara.

Menurutnya, terdapat peningkatan 1.43 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus menunjukkan kaedah sulh terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik kekeluargaan.

“Penyelesaian pertikaian melalui kaedah sulh juga memberi impak amat positif kepada jumlah kes tertunggak di mahkamah syariah.

“Pihak yang bertikai juga akan mendapat keadilan dengan segera lantaran tempoh yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kes adalah lebih singkat berbeza dengan penyelesaian melalui perbicaraan penuh di hadapan hakim.

“Penyelesaian melalui perbicaraan di dewan mahkamah syariah selayaknya menjadi pilihan terakhir kerana dengan cara perbicaraan, aib pihak-pihak akan terdedah, lebih teruk lagi ia meluaskan jurang permusuhan dan kasih sayang sesama insan,” katanya.

Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im berkata demikian dalam ucapan sempena Program Sulh Outreach dengan kerjasama JKSM bersama Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 11 Jul 2024 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM