Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 88 Pati Indonesia Termasuk Tekong Dan Pembantu Ditahan Polis

Published: 12 Feb 2022 1.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menerusi Op Pintas, sepasukan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Unit Risik dan Bot Ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang menahan semua warga Indonesia itu, termasuk tekong dan pembantunya berusia 42 hingga 45 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-88-pati-indonesia-termasuk-tekong-dan-pembantu-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT
Kuala Lumpur, 12 Februari 2022 - Seramai 88 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk 20 wanita, seorang tekong dan dua pembantunya ditahan di perairan Tanjung Karang dekat Kuala Selangor, kelmarin kerana disyaki terbabit kes penyeludupan.

Menerusi Op Pintas, sepasukan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Unit Risik dan Bot Ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang menahan semua warga Indonesia itu, termasuk tekong dan pembantunya berusia 42 hingga 45 tahun.

Ketua Penolong Pengarah D3, JSJ Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, pihaknya turut merampas sebuah bot kayu, enjin bot dan tiga telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati tekong itu aktif menyeludup keluar dan masuk migran ke Malaysia sejak tiga bulan lalu menggunakan jalan laut tidak diwartakan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, body of water and text
ArticlePublished 12 Feb 2022 1.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM