Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 72 Kongsi Gelap Disenarai Mudaratkan Keselamatan Awam

Published: 20 Feb 2025 1.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 Februari 2025 - Sebanyak 72 pertubuhan kongsi gelap diisytihar menyalahi undang-undang dan disenaraikan mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-72-kongsi-gelap-disenarai-mudaratkan-keselamatan-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:32 MYT
Kuala Lumpur, 20 Februari 2025 - Sebanyak 72 pertubuhan kongsi gelap diisytihar menyalahi undang-undang dan disenaraikan mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penyenaraian pertubuhan itu diwartakan kerana memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Beliau berkata, pertubuhan berkenaan antaranya terbabit dalam pengedaran dadah, penyeludupan migran dan pelacuran.

“Ia antaranya membabitkan Geng 360 Devan dengan 110 ahli yang menguasai aktiviti pengedaran dadah dari selatan ke Pulau Pinang.

“Seramai 82 ahlinya ditahan ketika operasi dijalankan dengan 63 dituduh di mahkamah dan disabitkan sementara 18 ahli dibebaskan manakala seorang lagi dituduh mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” katanya ketika menyampaikan penyataan menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 20 Feb 2025 1.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM