Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 7 434 Anggota Polis Pantau Kelancaran Prn Sarawak

Published: 18 Dec 2021 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 18 Disember 2021 - Polis memberi jaminan keselamatan kepada semua pengundi untuk keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) yang berlangsung hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-7-434-anggota-polis-pantau-kelancaran-prn-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT
Kuching, 18 Disember 2021 - Polis memberi jaminan keselamatan kepada semua pengundi untuk keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) yang berlangsung hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail berkata, pihaknya menempatkan 7,434 pegawai dan anggota sambil dibantu 3,142 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menjaga 1,866 pusat mengundi di seluruh negeri.

"Selain itu, kami juga menubuhkan 47 pasukan Op Cantas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan 109 pasukan Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di semua daerah.

"Ada empat pasukan pemantau udara menggunakan helikopter dan dron di seluruh negeri, 47 pasukan Light Strike Force (LSF), empat pasukan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan pasukan lain, termasuk pasukan pencegahan jenayah yang bersiap sedia di setiap daerah," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 2 people and text that says 'tang- empat 7,434 anggota polis pantau kelancaran PRN Kuching: standard (SOP) di semua dae- mengambil tinda
ArticlePublished 18 Dec 2021 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM