Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 67 Laporan Kes Tipu Pelaburan Babitkan I Serve

Published: 04 Nov 2023 2.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 November 2023 - Polis menerima 67 laporan membabitkan mangsa penipuan syarikat pelaburan dalam talian i-Serve Online Mall Sdn Bhd, yang dikaitkan pemberhentian operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-67-laporan-kes-tipu-pelaburan-babitkan-i-serve
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Lumpur, 4 November 2023 - Polis menerima 67 laporan membabitkan mangsa penipuan syarikat pelaburan dalam talian i-Serve Online Mall Sdn Bhd, yang dikaitkan pemberhentian operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Semua laporan polis itu dibuat 67 mangsa membabitkan kerugian keseluruhan RM81,609,900.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan terhadap semua 67 laporan itu dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

“Pihak polis menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa kepada skim penipuan pelaburan ini untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

“Siasatan setakat ini mendapati syarikat pelaburan i-Serve beroperasi tanpa kelulusan Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArticlePublished 04 Nov 2023 2.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM