Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 64 Pati Ditahan Rampasan Dan Kompaun Lebih Rm623 000

Published: 19 Jun 2026 7.13 AM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang berakhir pada Khamis itu turut mengesan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen, pekerjaan, pelesenan perniagaan, trafik, utiliti dan kastam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-64-pati-ditahan-rampasan-dan-kompaun-lebih-rm623-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:06 MYT
Lahad Datu, 19 Jun 2026 – Seramai 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan Filipina ditahan dalam operasi bersepadu selama dua hari yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di daerah ini.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang berakhir pada Khamis itu turut mengesan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen, pekerjaan, pelesenan perniagaan, trafik, utiliti dan kastam.

Beliau berkata, operasi berkenaan menghasilkan nilai kompaun dan sitaan kira-kira RM623,450, dengan 71 notis dan kompaun dikeluarkan selain dua kes pendakwaan dimulakan oleh pelbagai jabatan serta agensi penguat kuasa.

"Operasi ini merupakan usaha berterusan ESSCOM bagi memastikan pematuhan undang-undang di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone), membanteras PATI dan aktiviti ekonomi menyalahi undang-undang, selain memperkukuh keselamatan serta ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Daily Express seperti di lampiran

May be an image of slow loris and text that says 'Azmie 64 PTI ditahan, rampasan dan kompaun lebih RM623,000 Seramai 64 Indonesia Filip- bersepadu dalam Pa
ArticlePublished 19 Jun 2026 7.13 AMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM