
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 632 Suspek Jenayah Seksual Siber Dikenal Pasti Sejak 2017 Hingga September 2021
Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Isu jenayah gangguan seksual secara siber tidak lagi tertumpu pada wanita apabila sebanyak 218 kes dilaporkan turut membabitka...
Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Isu jenayah gangguan seksual secara siber tidak lagi tertumpu pada wanita apabila sebanyak 218 kes dilaporkan turut membabitkan mangsa lelaki.
Difahamkan mangsa lelaki ini turut terdedah kepada jenayah dan perbuatan amang seksual bukan fizikal, pornografi dan pengantunan kanak-kanak.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, seramai 632 individu dikenal pasti sebagai suspek sepanjang tempoh 2017 hingga September lalu dengan 627 individu terbabit adalah lelaki, manakala lima lagi suspek adalah wanita.
"Daripada 632 suspek terbabit, 435 suspek adalah individu dikenali mangsa. 34 lagi suspek membabitkan ahli keluarga, manakala 163 suspek lagi tidak dikenali mangsa.
"Bagi 670 kes jenayah seksual membabitkan siber, 436 daripadanya berlaku di rumah, manakala selebihnya (234 kes) membabitkan ternpat awam," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.