Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 61 Termasuk 14 Remaja Dicekup Polis Ketika Upacara Babit Ahli Kongsi Gelap Geng 360

Diterbitkan: 17 Nov 2024 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 November 2024 - Berkumpul di dalam rumah kedai beramai-ramai bagi menghadiri upacara angkat sumpah menjadi ahli kongsi gelap Geng 360.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-61-termasuk-14-remaja-dicekup-polis-ketika-upacara-babit-ahli-kongsi-gelap-geng-360
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 17 November 2024 - Berkumpul di dalam rumah kedai beramai-ramai bagi menghadiri upacara angkat sumpah menjadi ahli kongsi gelap Geng 360.

Itu antara kegiatan 14 remaja pelajar sekolah yang diberkas polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam operasi di Salak Selatan, Sungai Besi di sini, jam 11 pagi kelmarin.

Remaja terbabit adalah antara 61 individu diberkas polis termasuk 10 lelaki warga emas berusia antara 60 hingga 91 tahun dan 37 individu berusia antara 18 hingga 59 tahun.

Ketika serbuan dilakukan, semua individu terbabit dipercayai bersiap sedia untuk direkrut menjadi ahli baharu kumpulan kongsi gelap 360.

Siasatan polis mendapati pertubuhan berkenaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kononnya menjalankan aktiviti berasaskan kemakmuran, namun ia dipercayai bagi mengaburi aktiviti kongsi gelap mereka.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 11 people and text
ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2024 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM