Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 600 Polis Bertugas Pada Hari Mengundi

Diterbitkan: 02 Jul 2020 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Seramai lebih 600 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Sabtu ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-600-polis-bertugas-pada-hari-mengundi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT

Pekan, 2 Julai 2020 – Seramai lebih 600 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Sabtu ini.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said berkata, bagi melancarkan proses pengundian yang melibatkan normal baharu dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berikutan masih wujud ancaman Covid-19, kesemua mereka diberikan latihan pengendalian.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan mengadakan penugasan di empat peringkat iaitu pada hari penamaan calon, semasa berkempen, hari pengundian serta penjumlahan dan pengumuman keputusan pilihan raya.

“Semasa tempoh berkempen PRK ini, kita menyediakan lebih 400 anggota polis dan semasa mengundi pula kita sediakan lebih 600 anggota untuk membantu memastikan SOP pilihan raya ini dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih ke tiga buah rumah asnaf di sekitar Felda Chini 2, di sini semalam.

Dato' Sri Dr. Haji Ismail berkata, mesyuarat penugasan PRK DUN Chini yang melibatkan PDRM, Kementerian Kesihatan (KKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat kepada gerak kerja, yang antara lain tertumpu kepada aspek pematuhan SOP, kelancaran trafik dan keselamatan awam.

"Pihak media turut diberi taklimat mengenai garis panduan liputan sepanjang hari pengundian nanti," kata beliau.

Sumber: Sinar Harian

Keratan Akhbar Pilihan 600 Polis Bertugas Pada Hari Mengundi

ArtikelDiterbitkan 02 Jul 2020 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM