
Article
Keratan Akhbar Pilihan 6 646 Pegawai Kanan Pegawai Rendah Pdrm Kena Tindakan Tatatertib Timbalan Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penelitian itu bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan secara lebih teratur.
Kuantan, 20 November 2024 – Seramai 6,646 pegawai kanan dan pegawai rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2020 hingga 30 September lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, 613 individu dikenakan tindakan buang kerja dan 120 individu pula diturunkan pangkat.
Katanya, 641 pegawai kanan dan pegawai rendah pula dilucut hak emolumen, 68 orang diturunkan gaji, 152 ditangguh pergerakan gaji dan lain-lain membabitkan 5,052 individu.
“Antara kesalahan yang dilakukan ialah integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam' pada Majlis Sambutan Hari Integriti 2024 peringkat Majlis Bandaraya Kuantan di sini, semalam.
Ketika ditemui selepas majlis, Dato’ Sri Ayob Khan berkata, tindakan salah laku, tatakelola dan rasuah bukan sahaja dalam kalangan anggota, malah pegawai atasan malah tanpa tindakan tegas, masyarakat akan hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada PDRM.