Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 504 Mangsa Sindiket Tawaran Pekerjaan Di Luar Negara Diselamatkan 133 Masih Terkandas

Published: 15 Mar 2025 1.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang, khususnya berkaitan sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang menyasarkan golongan muda sejak Januari hingga kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-504-mangsa-sindiket-tawaran-pekerjaan-di-luar-negara-diselamatkan-133-masih-terkandas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT
Kuala Lumpur, 15 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang, khususnya berkaitan sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang menyasarkan golongan muda sejak Januari hingga kelmarin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu, 504 diselamatkan manakala 133 masih terkandas di luar negara.

“Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Luar serta KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menyelamat mangsa warganegara Malaysia yang terbabit dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar.

“Proses menyelamat mangsa itu dilaksana secara berfasa melalui pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam pada 24 Februari 2025, membabitkan 15 warganegara Malaysia dan pada 12 Mac membabitkan 25 rakyat Malaysia,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 15 Mar 2025 1.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM