
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 5 Ditahan Satu Juta Rokok Dirampas
Kota Bharu, 22 Januari 2024 - Lima lelaki ditahan bersama satu juta rokok bernilai RM750,000 termasuk cukai menerusi Op Kontraban dalam dua serbuan berasingan...
Kota Bharu, 22 Januari 2024 - Lima lelaki ditahan bersama satu juta rokok bernilai RM750,000 termasuk cukai menerusi Op Kontraban dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 20-an hingga 59 tahun.
“Susulan itu, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Toyota dan menjumpai 300,000 rokok putih bernilai RM225,000 dipercayai tidak bercukai.
“Kesemua rokok, sebuah lori jenis Toyota dan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dirampas.
“Soal siasat ke atas ketiga-tiga suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bertindak sebagai pointer bagi kegiatan ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, semalam.