
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 5 522 Anggota Pdrm Kawal Undi Awal Hari Ini
Kuching, 14 Disember 2021 - Seramai 5,522 anggota polis ditugaskan bagi menjaga keamanan di 85 pusat mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, hari...
Kuching, 14 Disember 2021 - Seramai 5,522 anggota polis ditugaskan bagi menjaga keamanan di 85 pusat mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata berkata, setiap saluran mengundi awal akan dijaga polis dengan setiap zon ditempatkan seorang pegawai bagi memastikan perjalanan hari mengundi awal lancar.
"Pusat mengundi awal berkenaan terdiri daripada dewan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah selain rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan sekolah.
"Pusat mengundi awal itu akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, seramai 10,458 polis dan Pasukan Gerakan Am serta pasangan akan mengundi awal di 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.