Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 43 Rakyat Malaysia Di Peru Polis Akan Temu Duga Mangsa Kpn

Published: 16 Oct 2023 3.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan pihak berkuasa Peru bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam melibatkan 43 rakyat Malaysia di negara berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-43-rakyat-malaysia-di-peru-polis-akan-temu-duga-mangsa-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan pihak berkuasa Peru bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam melibatkan 43 rakyat Malaysia di negara berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut berkaitan kes tersebut.

“Kita ada menghubungi mereka (polis Peru) melalui Kedutaan Peru di sini pada Khamis lalu bagi mendapatkan maklumat terperinci.

“PDRM masih menunggu dan siasatan akan dijalankan. Bagaimanapun keterangan mangsa akan dibuat selepas kesemua mereka pulang di negara ini nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan kesemua 43 mangsa tersebut kini di bawah jagaan polis Peru namun Kedutaan Malaysia di Peru melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 16 Oct 2023 3.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM