Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 42 Gro Dan Mak Nyah Catwalk Ke Balai

Published: 06 Jan 2020 1.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Januari 2020 – Keasyikan pelayan pelanggan (GRO) melakukan ‘catwalk’ atas pentas di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini, terbantut apabila premis berkenaan diserbu pihak berkuasa, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-42-gro-dan-mak-nyah-catwalk-ke-balai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:11 MYT

Kuala Lumpur, 6 Januari 2020 – Keasyikan pelayan pelanggan (GRO) melakukan ‘catwalk’ atas pentas di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini, terbantut apabila premis berkenaan diserbu pihak berkuasa, awal pagi semalam.

Malah, kehadiran pihak berkuasa menyebabkan GRO berkenaan cuba melarikan diri sehingga ada antara mereka cuba merempuh anggota polis bertugas namun berjaya ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kuala Lumpur, SAC Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 24 wanita dan tiga pondan warga Thailand, 11 wanita serta seorang pondan dari Vietnam dan seorang wanita warga Filipina berusia antara 19 dan 40 tahun.

Serbuan dilakukan 36 pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Image may contain: one or more people and people dancing

ArticlePublished 06 Jan 2020 1.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM