Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 367 Aduan Ugut Siar Video Bogel Lelaki Kesunyian

Published: 11 Feb 2022 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 11 Februari 2022 - Polis Kontinjen Johor menerima 367 aduan berkaitan pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel lelaki 'kesunyian' berusia 20 hingga 40-an.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-367-aduan-ugut-siar-video-bogel-lelaki-kesunyian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Johor Bahru, 11 Februari 2022 - Polis Kontinjen Johor menerima 367 aduan berkaitan pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel lelaki 'kesunyian' berusia 20 hingga 40-an.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, hingga kini 144 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian RM500,000 hingga RM1 juta.

Mangsa yang berstatus bujang dan berkahwin diperdaya menerusi media sosial MiChat, WeChat dan aplikasi WhatsApp.

Katanya, taktik sindiket adalah menyamar sebagai wanita menerusi aplikasi media sosial dan ingin mencari kenalan baharu. Lelaki yang kesunyian menjadi sasaran mereka, malah ada yang sanggup berbogel ketika berkomunikasi.

"Perbuatan mangsa dirakam sindiket yang kemudian mengugut akan menyebarkan video rakaman sekiranya mangsa gagal menyerahkan sejumlah wang," katanya pada sidang media, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArticlePublished 11 Feb 2022 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM