
Article
Keratan Akhbar Pilihan 36 Geng Jenayah Terancang Tumpas Dalam Op Cantas
Petaling Jaya, 25 Ogos 2023 - Sebanyak 36 kumpulan jenayah terancang membabitkan sindiket dadah dan pemilikan senjata api ditumpaskan Polis Diraja Malaysia dal...
Petaling Jaya, 25 Ogos 2023 - Sebanyak 36 kumpulan jenayah terancang membabitkan sindiket dadah dan pemilikan senjata api ditumpaskan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh empat tahun sejak 2019.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Hussain berkata, kesemua kumpulan itu dikesan terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan migrain, sindiket pengedaran dadah dan jenayah berbentuk kekerasan antaranya seperti bunuh, culik, samun berkumpulan dan sebagainya.
“Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ancaman kegiatan jenayah terancang semakin kompleks, seiring dengan era globalisasi malah tiada negara yang mampu menangani kegiatan ini secara bersendirian tanpa kerjasama dengan negara luar,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.