Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 24 Termasuk Ceo Gisbh Isteri Akan Ditahan Semula Kpn

Published: 04 Oct 2024 2.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2024 - Seramai 24 individu termasuk Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) bersama isteri dan anak akan ditahan semula mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-24-termasuk-ceo-gisbh-isteri-akan-ditahan-semula-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2024 - Seramai 24 individu termasuk Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) bersama isteri dan anak akan ditahan semula mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan dibuat sebaik tempoh reman bagi siasatan kes terdahulu tamat, hari ini.
“Polis akan memohon sambung reman terhadap kesemua individu terbabit bagi melengkapkan siasatan, sebaik tempoh reman mereka selama lima hari berakhir esok (hari ini).
“Setakat ini, kesemua 24 kepimpinan tertinggi GISBH itu tidak ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, jumlah individu dikaitkan dengan GISBH yang masih dalam tahanan reman adalah seramai 93 orang manakala 34 orang lagi ditahan di bawah SOSMA.
Bacaan lanjut di dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 04 Oct 2024 2.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM