Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 22 531 Anggota Pdrm Atm Akan Mengundi Esok

Published: 07 Mar 2022 4.13 AM Updated: 15 Aug 2026 6.37 PM
Johor Bahru, 7 Mac 2022 - Seramai 22,531 pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi pada Selasa ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-22-531-anggota-pdrm-atm-akan-mengundi-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:35 MYT
 
Johor Bahru, 7 Mac 2022 - Seramai 22,531 pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi pada Selasa ini.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 11,576 orang daripada jumlah berkenaan merupakan warga PDRM Johor di negeri itu.

Ujar beliau, sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran akan disediakan bagi proses undi awal tersebut.

"Proses undi awal ini akan dijalankan di permis-permis PDRM dan ATM yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Nasihat saya bagi yang mengundi awal, sentiasa peka kepada arahan-arahan semasa daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Walaupun polis sendiri, tetapi masih perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) supaya perjalanan pengundian awal ini berjalan dengan lancar," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

 
ArticlePublished 07 Mar 2022 4.13 AMUpdated 15 Aug 2026 6.37 PM