Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 218 Warga Tempatan Berjaya Diselamatkan Sejak Tahun Lalu Pdrm

Diterbitkan: 11 Feb 2023 3.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 218 warga tempatan yang terkandas di luar negara dipercayai menjadi mangsa jenayah penipuan kerja.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-218-warga-tempatan-berjaya-diselamatkan-sejak-tahun-lalu-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 11 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 218 warga tempatan yang terkandas di luar negara dipercayai menjadi mangsa jenayah penipuan kerja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, jumlah itu berdasarkan statistik yang direkodkan sejak tahun lalu hingga Januari lepas.
“PDRM telah menerima sebanyak 262 laporan polis membabitkan mangsa yang terkandas di luar negara kerana jenayah penipuan kerja.
“Daripada jumlah itu, seramai 218 orang mangsa diselamatkan dan 113 orang lagi masih terkandas antaranya di Kemboja, Myanmar, Laos dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian.
Dato' Sri Abd Jalil berkata, siasatan mendapati kebanyakan mangsa pergi ke negara terbabit bertujuan bekerja sebagai mana yang ditawarkan oleh syarikat luar negara.
“PDRM dan Kementerian Luar Negeri menyeru kepada pihak keluarga untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa supaya usaha mengesan dan menyelamat serta membawa pulang mangsa dapat diurus dengan betul.
Dari sudut siasatan maklumat yang betul dan tepat diperlukan agar ia tidak tersasar dari fakta sebenar," ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Feb 2023 3.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM