Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 20 Rumah Amal Global Ikhwan Diserbu 402 Kanak Kanak Dan Remaja Diselamat

Published: 12 Sep 2024 12.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuantan, 12 September 2024 - Polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam operasi besar-besaran, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-20-rumah-amal-global-ikhwan-diserbu-402-kanak-kanak-dan-remaja-diselamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuantan, 12 September 2024 - Polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam operasi besar-besaran, semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan yang semuanya warga tempatan.

Serbuan menggunakan kod nama ‘Op Global’ mendedahkan, berlaku eksploitasi agama, kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak serta remaja yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Op Global melibatkan 705 pegawai dan anggota polis dan dibantu 287 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia yang bermula dari jam 6 pagi hingga 11 pagi, semalam.

“Polis juga menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian membabitkan 66 lelaki dan 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun.

“Semua mangsa kanak-kanak yang diselamatkan akan menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan di fasilti disediakan sebelum proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

“Proses ini dijangka mengambil masa 14 hari namun tertakluk kepada keperluan lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman dan timbalannya, DCP Dato' Nor Hisam Nordin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 6 people and text that says 'Diterbitnjak19 www.blurian.com.my mangsa 201 201 Lelaki Perempuan WadahPembaharuan Pembaharuan Wadah BH 402

May be an image of 3 people, slow loris and text
ArticlePublished 12 Sep 2024 12.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM